Tuesday 17 December 2013

:: SOALAN LATIHAN ::

Sila jawab set soalan berikut :


:: UJIAN 2 ::


:: UJIAN 1 ::
:: PELAJARAN JAWI ::

Nota Ringkas Khat Nasakh dan Khat Rik'ah



:: ASAS 'ULUM SYARI'AH ::

Nota Ringkas Dosa Besar dan Dosa Kecil

Nota Ringkas Syirik


Nota Ringkas Puasa Ramadhan

Nota Ringkas Solat Jenazah

Nota Ringkas Pembukaan Kota Mekah


 Nota Ringkas Kewafatan Rasulullah SAW



:: AKHLAK ISLAMIAH :: 

Nota ringkas Adab Menjaga Kebersihan Sungai dan Alam Sekitar


Nota ringkas Adab Berehlah

Nota Ringkas Adab Menjaga Kebersihan Sekolah

Nota Ringkas Adab terhadap Harta Benda Awam

Nota Ringkas Adab dengan Manusia dan Makhluk lain

Nota Ringkas Adab Kecintaan kepada Negara

:: TILAWAH AL-QURAN :: 

Nota ringkas Ayat Kefahaman



Nota ringkas Nun Sakinah dan Tanwin

:: NOTA TAMBAHAN ::





:: Ayat Kefahaman : Surah Al-Qadr ::


TAFSIR SURAH :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Ayat 1:
Sesunguuhnya Kami telah menurunkan (AlQuran) pada malam Al -Qadr.

Ayat 2 :
Dan tahukah kamu apakah malam Al- Qadr itu?

Ayat 3 :
Malam kemulian itu lebih baik daripada seribu bulan.
Ayat 4 :
Pada malam itu turun para malaikat dan roh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urursan.

Ayat 5 :
Sejahteralah malam itu sampai terbit  fajar.

ISI KANDUNGAN SURAH :

1. Menceritakan mengenai kelebihan malam Lailatul Qadar.

2. Menceritakan mengenai penurunan alquran (Nuzul AlQuran).

3. Kelebuhan beribadah pada malam Lailatul Qadar ; Allah janjikan bagi mereka yang beribadah pada malam
    tersebut pahala dan ganjaran yang diperolehi seperti beramal selama 1000 bulan.


AMALAN HARIAN : DOA




::Nun Sakinah dan Tanwin::

Bagi Nun Sakinah (ﻥْ ) dan Tanwim ( ـًـٍـٌ ), terdapat 5 jenis hukum iaitu :
  1. Izhar Halqi
  2. Ikhfa’ Hakiki
  3. Idgham Maal Ghunnah (Bighunnah)
  4. Idgham Bila Ghunnah
  5. Iqlab
1.     Izhar Halqi
Huruf             =          Terdiri daripada 6 huruf iaitu : 
ه
عخحغ
أ
Makna            =          Izhar bermaksud Jelas.         
 Oleh itu hendaklah dijelaskan sebutan Nun Mati dan Tanwim serta setiap huruf Izhar Halqi dari makhrajnya tanpa mendengungkannya.
Hukum          =          Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan salah satu Huruf Izhar Halqi
di dalam satu kalimah atau dua kalimah, dibaca dengan Jelas, iaitu Tanpa Dengung

 2.     Ikhfa’ Hakiki
 Huruf             =          Terdiri daripada 15 huruf iaitu : 

كدصزجتس
ذشظطضقث
ف
  Makna            =          Ikhfa’ bermaksud Tersembunyi. Membaca huruf yang sifatnyaantara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf yang pertama.
 Hukum          =          Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan salah satu Huruf Ikhfa’ Hakiki, dibaca dengan Dengung

3.     Idgham Maal Ghunnah
 Huruf             =          Terdiri daripada 4 huruf iaitu : 
ن
مو
ي
 Makna            =          Idgham Berdengung iaitu memasukkan huruf pertama yang bertanda mati ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya serta dengung
 Hukum          =          Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan salah satu Huruf Idgham Maal Ghunnah di dalam dua kalimah, dibaca denganDengung

4.     Idgham Bila Ghunnah 
Huruf             =          Terdiri daripada 2 huruf iaitu :
ر
ل
 Makna            =          Idgham Tanpa Dengung iaitu memasukkan huruf pertama yang bertanda mati ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya tanpa dengung
 Hukum          =          Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan salah satu Huruf Idgham Bila Ghunnah di dalam dua kalimah, dibaca denganTanpa Dengung 

5.     Iqlab
 Huruf             =          Terdiri daripada 1 huruf iaitu : 
ب
 Makna            =          Menukarkan bunyi Nun Mati dan Tanwim kepada bunyi huruf Mim dan diikhfa’kan (disembunyikan) ke dalam huruf Ba’ yang berbaris serta dikekalkan sifat dengung.
 Hukum          =          Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan Huruf Iqlab, dibaca dengan Dengung



::Surah Al-Lail::


Al-Lail (Malam)
Surah ini merupakan surah yang diturunkan di Mekkah (Makiyyah)
Terdiri daripada 21 ayat.
:: Surah A-Dhuha ::


Ad- Dhuha (Waktu Dhuha)
Surah ini merupakan surah yang diturunkan di Mekkah (Makiyyah)
Terdiri dari 11 ayat.
:: Surah As-Syarh ::



As-Syarh @ Al- Insyirah (Melapangkan)
Surah ini merupakan surah yang diturunkan di Mekkah (Makiyyah)
Terdiri dari 8 ayat.

:: PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6 ::


Pendidikan Islam adalah merupakan salah satu daripada mata pelajaran yang  ditawarkan di peringkat sekolah rendah dan menengah, dengan bermatlamatkan untuk melahirkan insan soleh yang beriman, berilmu, beramal dan berakhlak. Sehubungan dengan itu, Pendidikan Islam mesti diperkenal dan diajar sebagai al Din, bukan sekadar menyampaikan maklumat dan pengetahuan semata-mata tetapi hendaklah diamalkan dan dihayati sepenuhnya oleh setiap individu muslim yang beriman kepada Allah S.W.T. 

Pendidikan Islam tahun 6 mempunyai 4 topik iaitu :
  • Tilawah Al-Quran
  • Asas 'Ulum Syari'ah
  • Akhlak Islamiah 
  • Pelajaran Jawi
Tilawah Al-Quran
  1. Membaca ayat-ayat al Quran mengikut hukum-hukum tajwid  yang betul dan fasih.
  2. Menghafaz ayat-ayat Al-Quran yang terpilih mengikut hukum-hukum tajwid yang betul dan fasih
  3. Memahami pengertian dan ayat-ayat tertentu dan hadis pilihan
  4. Memahami dan menghauyati pengajaran Al-Quran dan hadis sebagai sumber hukum
Asas 'Ulum Syari'ah
  1. Pemantapan aqidah menerusi peneguhan Iman : pemupukan 
  2. sikap:tanggungjawab pelajar sebagai manusia yang sedar dan 
  3. insaf akan kedudukan dan tanggungjawabnya terhadap Allah 
  4. S.W.T, diri, masyarakat, negara dan alam sekitar
  5. Memahami peranan Fardu Ain dan Fardu Kifayah sebagai ibadah yang diperlukan untuk pembangunan diri dan negara ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
  6. Meneladani sirah Rasulullah S.A.W dan Tamadun Islam iaitu dengan mengetahui, mencontohi dan membangunkan kembali keagungan Tamadun Islam. 
Akhlak Islamiah
  1. Bidang pembelajaran adab berteraskan akhlak Islamiah diajar khusus dalambidang Akhlak Islamiah.
  2. Adab yang telah diperolehi dan diamalkan di peringkat sekolah rendah dipertingkatkan lagi di sekolah menengah.
  3. Adab ini berdasarkan cara  hidup muslim dalam hubungannya dengan Allah S.W.T, diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara
Pelajaran Jawi
  1. Teknik menulis jawi dengan cara betul
  2. Teknik membaca dan mengeja tulisan jawi
keempat-empat topik ini dalah topik utama di dalam buku teks Pendidikan Agama Islam tahun 6. Kemudian blog pendidikan ini juga menyediakan beberapa soalan atau ujian untuk aktiviti pengukuhan pelajar untuk menguji kefahaman mereka.

MONTAJ RASMI


CIKGU AIN


NUR AIN BINTI MOHAMAD ROSLAN
D20111048811
28 JANUARI 1992
KEMAMAN,TERENGGANU
AT-46 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN MULTIMEDIA
FAKULTI SENI KOMPUTERAN DAN INDUSTRI KREATIF

TAHAP PENDIDIKAN :
TADIKA KEMAS KEM BATU 10,PAHANG
SEKOLAH RENDAH DATO' TUN HUSSIN ONN,KUALA LUMPUR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (P) AL MASHOOR, PULAU PINANG
MATRIKULASI PULAU PINANG
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

MOTTO : 
"HIDUP ADALAH MEMBERI"

PERTANYAAN :

CIKGU SAFIKA



NORSAFIKA BINTI THANI@SANI
D20111050143
9 JUN 1991
TELUK INTAN,PERAK
AT-46 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN MULTIMEDIA
FAKULTI SENI KOMPUTERAN DAN INDUSTRI KREATIF

TAHAP PENDIDIKAN :
PRA SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH 
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HUTAN MELINTANG
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI, SG SUMUN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

MOTTO : 
Infiru khifafan wa tsiqalan!

PERTANYAAN :



CIKGU SHIDA



SITI NORSHIDAH BT MOHD JONID
D20111050144
19 DISEMBER 1991
SABAK BERNAM,SELANGOR
AT-46 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN MULTIMEDIA
FAKULTI SENI KOMPUTERAN DAN INDUSTRI KREATIF

TAHAP PENDIDIKAN :
SEKOLAH KEBANGSAAN DOKTOR ABDUL LATIFF
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN UNGKU AZIZ
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 

MOTTO : 
JANGAN PEDULI APA ORANG KATA !

PERTANYAAN :


CIKGU AMALINA


 SITI AMALINA BINTI SARIMAN 
D20111048809
8 SEPTEMBER 1992
KUANTAN,PAHANG
AT-46 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN MULTIMEDIA
FAKULTI SENI KOMPUTERAN DAN INDUSTRI KREATIF

TAHAP PENDIDIKAN  :
 TADIKA KEMAS FELDA LEPAR HILIR 2
SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) LEPAR HILIR 2
SEKOLAH MENENGAH AGAMA TENGKU AMPUAN FATIMAH
KULIAH AL-LUGHAH WADDIN SULTAN ABU BAKAR
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

MOTTO : 
"KESULITAN DAN KESUSAHAN ADALAH TITIK UNTUK MENGENAL APA ITU KEHIDUPAN"

PERTANYAAN



:: KHAT RIK'AH ::



CARA MENULIS KHAT RIK'AH







:: PUASA RAMADHAN ::



PENSYARIATAN PUASA DI BULAN RAMADHAN

Allah telah mewajibkan umat Islam melaksanakan ibadah puasa di bulan ramadhan semenjak  bulan Sya’ban tahun 2 Hijrah berikutan turunnya ayat 183 surah al-baqarah, Bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa…”. Seterusnya Allah menegaskan dalam ayat 185 surah yang sama: “Bulan ramadhan yang diturunkan al quran …” Ayat tersebut turun tanpa sebab-sebab tertentu, tidak sebagaimana terjadi pada kebanyakan ayat-ayat ahkâm (ayat yang berkenaan dengan hukum), yang turun setelah ada peristiwa-peristiwa tertentu yang terjadi pada Nabi SAW atau para sahabat

PUASA DI BULAN RAMADHAN ADALAH SALAH SATU RUKUN ISLAM

Sabda rasulullah s.a.w.: Islam didirikan atas 5 perkara, bersyahadah bahawa tiada tuhan selain Allah  dan Muhammad adalah utusan-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan melaksanakan haji bagi yang mampu. (Riwayat Bukhari & Muslim)

MAKSUD PUASA RAMADHAN

Puasa  dalam bahasa Arab disebut صيام Shiyâm atau  صوم Shaûm yang bererti menahan dan tidak bepergian dari satu tempat ke tempat lain. Ibnu Mandzûr, pakar sejarah bahasa Arab mendefinisikan صوم Shaûm sebagai “hal meninggalkan makan, minum, menikah dan berbicara”. Perkataan رمضانberasal dari kata dasar رمض yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat. Ini kerana letaknya bulan ramadhan  pada musim panas yang terik. Jadi, maksud berpuasa di bulan ramadhan ialah ; menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa pada bulan ramadhan (bulan yang panas terik) kerana beribadah kepada Allah bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

RUKUN PUASA
1) Niat
2) Menahan diri daripada makan dan minum
3) Menahan dari memasukkan sesuatu pada rongga tubuh badan dengan niat serta di dalam keadaan sedar bahawa ianya sedang berpuasa walaupun sedikit bermula daripada keluar fajar sehingga tenggelam matahari
4) Menahan diri daripada melakukan persetubuhan
6) Menahan diri daripada memuntahkan makanan dengan segaja

SYARAT SAH PUASA
1) Islam - tidak sah puasa orang-orang kafir dan orang murtad.
2) Berakal atau mumaiyiz - tidak sah puasa orang yang hilang akal atau belum mumaiyiz.
3) Suci daripada haidh dan nifas sepanjang siang hari puasa.
4) Berniat tiap-tiap malam.
5) Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa.

6) Pada hari yang sah puasa - tidak sah puasa pada hari yang diharamkan berpuasa.

PERKARA-PERKARA MEBATALKAN PUASA
1) Makan dan minum dengan sengaja
2) Mengeluarkan air mani dengan sengaja
3) Haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
4) Muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
5) Melakukan persetubuhan
6) Gila walaupun sebentar
7) Murtad
8) Berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib


:: KHAT NASAKH ::




Cara Menulis Khat Nasakh 






:: DOSA KECIL DAN DOSA BESAR ::

Pengertian Dosa kecil dan contohnya : 




Pengertian dosa kecil dan contohnya :






:: KEWAFATAN RASULULLAH ::



PERISTIWA SEBELUM KEWAFATAN RASULULLAH SAW

Nabi Muhammad s.a.w adalah anak kepada Abdullah b. Abdul Mutalib. Ibunya bernama Aminah bt. Wahab dari suku Quraisy yang mulia ketika itu. Bapa Nabi meninggal dunia ketika baginda berumur enam bulan dalam kandungan ibunya. Nabi dilahirkan dalam keadaan yatim tanpa harta yang banyak,tanpa ada seorang pun yang yang menunjuk ajar tetapi baginda terpelihara dari melakukan perbuatan jahat orang Arab Jahilliyah sehingga wafatnya baginda.

Sudah menjadi ketentuan Ilahi bahawa setiap yang hidup akan mati, demikianlah juga dengan Rasulullah s.a.w. Sebelum wafat, baginda telah mengetahui ajalnya sudah hampir melalui wahyu daripada Allah s.w.t. Seperti dalam firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 3 yang bermaksud :
” Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku telah cukupkan nikmatmu kepadamu, dan aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”

Setelah selesai membaca ayat itu, baginda mengucapkan selamat tinggal kepada umat Islam seluruhnya dalam Haji Wida’ iaitu Haji Perpisahan. Ucapan tersebut membuatkan hati para sahabat baginda berdebar-debar dan gelisah. 

Ketika para sahabat hendak menunaikan solat subuh di masjid, tiba-tiba tirai rumah Aisyah dibuka. Rasulullah tersenyum gembira melihat mereka berbaris untuk menunaikan solat. Saat itu, Abu Bakar menyangka Rasulullah akan mengimamkan mereka, tetapi baginda hanya mengisyaratkan dengan tangannya supaya Abu Bakar menjadi imam solat itu. Selepas itu baginda kembali ke biliknya lalu berbaring dengan menyandarkan kepalanya ke dada Aisyah. Pada masa itu baginda mula merasai kesakitan sebelum nyawa dan badan dipisahkan. 
Seperti firman Allah dalam Surah Azzumar ayat 30 :
òÆôÌóNø÷Îò¿ ôÁóÈúÃøAòË öOø÷Îò¿ ò¹úÃøA
Maksudnya : ” Sesungguhnya kamu ( hai Muhammad) akan mati dan sesungguhnya mereka pula akan mati”.

Pagi Isnin 12 Rabiul Awal tahun ke 11 Hijrah, Rasulullah menghembuskan nafasnya yang terakhir semasa berumur 63 tahun. Pengajarannya setiap yang hidup pasti akan mati, kita tidak tahu bila kita akan mati. Oleh itu kita mestilah melakukan perkara-perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

REAKSI PARA SAHABAT

Abu Bakar menerima berita itu dengan tenang, tetapi Umar Al-Khatab tidak dapat menerima hakikat bahawa Rasulullah telah meninggalkan mereka. Beliau menghunuskan pedangnya sambil memberi amaran akan membunuh sesiapa yang mengatakan Rasulullah telah meninggal dunia. Kemudian Abu Bakar pergi ke rumah Aisyah menziarahi jenazah Rasulullah. Abu Bakar mendekati jenazah baginda dan terus mengucupnya. Abu Bakar berkata ” Wahai Rasulullah yang ku cintai, alangkah harumnya engkau sewaktu masih hidup dan setelah wafat ” 

Selepas itu, Abu Bakar keluar menemui para sahabat yang seakan hilang akal itu. Mereka umpama pasukan yang telah ditinggalkan komandannya. Lalu Abu Bakar pun berucap ” Wahai para sahabat, sesiapa yang menyembah Muhammad, kini Muhammad telah tiada. Dan sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah tetap hidup dan tidak mati.” Seperti firman Allah dalam Surah Al- Imran ayat 144:
ó½ómûj»A øÉø¼ôJò³ ôÅø¿ ôOòómò_fúÀòZóMaksudnya : Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, yang sebelumnya di dahului oleh beberapa Rasul Yang lain.

Setelah mendengar ucapan Abu Bakar itu, para sahabat kembali tenang, menerima takdir Allah dengan redha. Lalu Umar berkata ” seakan-akan aku tidak pernah mendengar atau membaca ayat-ayat yang dibaca oleh Abu Bakar itu”.

KESAN 
I - keimanan orang Islam bertambah kuat.
ii-Orang islam menunaikan wasiat Rasulullah s.a.w
iii-Terlaksana sisitem syura