Tuesday, 17 December 2013

:: PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6 ::


Pendidikan Islam adalah merupakan salah satu daripada mata pelajaran yang  ditawarkan di peringkat sekolah rendah dan menengah, dengan bermatlamatkan untuk melahirkan insan soleh yang beriman, berilmu, beramal dan berakhlak. Sehubungan dengan itu, Pendidikan Islam mesti diperkenal dan diajar sebagai al Din, bukan sekadar menyampaikan maklumat dan pengetahuan semata-mata tetapi hendaklah diamalkan dan dihayati sepenuhnya oleh setiap individu muslim yang beriman kepada Allah S.W.T. 

Pendidikan Islam tahun 6 mempunyai 4 topik iaitu :
  • Tilawah Al-Quran
  • Asas 'Ulum Syari'ah
  • Akhlak Islamiah 
  • Pelajaran Jawi
Tilawah Al-Quran
  1. Membaca ayat-ayat al Quran mengikut hukum-hukum tajwid  yang betul dan fasih.
  2. Menghafaz ayat-ayat Al-Quran yang terpilih mengikut hukum-hukum tajwid yang betul dan fasih
  3. Memahami pengertian dan ayat-ayat tertentu dan hadis pilihan
  4. Memahami dan menghauyati pengajaran Al-Quran dan hadis sebagai sumber hukum
Asas 'Ulum Syari'ah
  1. Pemantapan aqidah menerusi peneguhan Iman : pemupukan 
  2. sikap:tanggungjawab pelajar sebagai manusia yang sedar dan 
  3. insaf akan kedudukan dan tanggungjawabnya terhadap Allah 
  4. S.W.T, diri, masyarakat, negara dan alam sekitar
  5. Memahami peranan Fardu Ain dan Fardu Kifayah sebagai ibadah yang diperlukan untuk pembangunan diri dan negara ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
  6. Meneladani sirah Rasulullah S.A.W dan Tamadun Islam iaitu dengan mengetahui, mencontohi dan membangunkan kembali keagungan Tamadun Islam. 
Akhlak Islamiah
  1. Bidang pembelajaran adab berteraskan akhlak Islamiah diajar khusus dalambidang Akhlak Islamiah.
  2. Adab yang telah diperolehi dan diamalkan di peringkat sekolah rendah dipertingkatkan lagi di sekolah menengah.
  3. Adab ini berdasarkan cara  hidup muslim dalam hubungannya dengan Allah S.W.T, diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara
Pelajaran Jawi
  1. Teknik menulis jawi dengan cara betul
  2. Teknik membaca dan mengeja tulisan jawi
keempat-empat topik ini dalah topik utama di dalam buku teks Pendidikan Agama Islam tahun 6. Kemudian blog pendidikan ini juga menyediakan beberapa soalan atau ujian untuk aktiviti pengukuhan pelajar untuk menguji kefahaman mereka.

MONTAJ RASMI


No comments :

Post a Comment