:: PUASA RAMADHAN ::
PENSYARIATAN PUASA DI BULAN RAMADHAN
Allah telah mewajibkan umat Islam melaksanakan ibadah puasa di bulan ramadhan semenjak bulan Sya’ban tahun 2 Hijrah berikutan turunnya ayat 183 surah al-baqarah, Bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa…”. Seterusnya Allah menegaskan dalam ayat 185 surah yang sama: “Bulan ramadhan yang diturunkan al quran …” Ayat tersebut turun tanpa sebab-sebab tertentu, tidak sebagaimana terjadi pada kebanyakan ayat-ayat ahkâm (ayat yang berkenaan dengan hukum), yang turun setelah ada peristiwa-peristiwa tertentu yang terjadi pada Nabi SAW atau para sahabat
PUASA DI BULAN RAMADHAN ADALAH SALAH SATU RUKUN ISLAM
Sabda rasulullah s.a.w.: Islam didirikan atas 5 perkara, bersyahadah bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan melaksanakan haji bagi yang mampu. (Riwayat Bukhari & Muslim)
MAKSUD PUASA RAMADHAN
Puasa dalam bahasa Arab disebut صيام Shiyâm atau صوم Shaûm yang bererti menahan dan tidak bepergian dari satu tempat ke tempat lain. Ibnu Mandzûr, pakar sejarah bahasa Arab mendefinisikan صوم Shaûm sebagai “hal meninggalkan makan, minum, menikah dan berbicara”. Perkataan رمضانberasal dari kata dasar رمض yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat. Ini kerana letaknya bulan ramadhan pada musim panas yang terik. Jadi, maksud berpuasa di bulan ramadhan ialah ; menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa pada bulan ramadhan (bulan yang panas terik) kerana beribadah kepada Allah bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.
RUKUN PUASA
1) Niat
2) Menahan diri daripada makan dan minum
3) Menahan dari memasukkan sesuatu pada rongga tubuh badan dengan niat serta di dalam keadaan sedar bahawa ianya sedang berpuasa walaupun sedikit bermula daripada keluar fajar sehingga tenggelam matahari
4) Menahan diri daripada melakukan persetubuhan
6) Menahan diri daripada memuntahkan makanan dengan segaja
SYARAT SAH PUASA
1) Islam - tidak sah puasa orang-orang kafir dan orang murtad.
2) Berakal atau mumaiyiz - tidak sah puasa orang yang hilang akal atau belum mumaiyiz.
3) Suci daripada haidh dan nifas sepanjang siang hari puasa.
4) Berniat tiap-tiap malam.
5) Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa.
6) Pada hari yang sah puasa - tidak sah puasa pada hari yang diharamkan berpuasa.
PERKARA-PERKARA MEBATALKAN PUASA
1) Makan dan minum dengan sengaja
2) Mengeluarkan air mani dengan sengaja
3) Haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
4) Muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
5) Melakukan persetubuhan
6) Gila walaupun sebentar
7) Murtad
8) Berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib
No comments :
Post a Comment