Tuesday, 17 December 2013

:: Pembukaan Kota Mekah ::




Muqaddimah
:: Pembukaan Kota Mekah bermaksud  :  pembebasan Kota Mekah daripada pengaruh, amalan & cengkaman jahliyah.
:: Sebelum Mekah dikuasai oleh Islam, ia berfungsi sebagai pusat penyembahan berhala & lain-lain amalan tradisi masyarakat Arab jahiliyah.
:: Kejayaan Rasulullah & pengikutnya membuka kota Mekah bererti kejayaan penganut Islam mengembalikan kesucian Kaabah kepada asalnya seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim & putranya Nabi Ismail A.S

LATARBELAKANG PEMBUKAAN KOTA MEKAH

Musyrikin Mekah mencabuli Perjanjian Hudaibiyah
-Musyrikin Mekah telah mencabuli perjanjian Hudaibiyah apabila mereka telah memberi bantuan senjata & ketenteraan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuzaah ( yang telah mengikat janji setia dengan pihak muslim). 
-Ramai orang Khuzaah mati terkorban[20 orang] & mereka telah mendapatkan perlindungan di kawasan Tanah Haram iaitu suatu tempat yang diharamkan pertumpahan darah. Bani khuzaah telah menghantar utusan ke Madinah memohon Rasulullah membela mereka. 

Rasulullah mengirim sepucuk surat kepada Musyrikin Mekah mengajukan 3 tuntutan iaitu :
i.Membayar wang sebagai tebusan darah Diyat[ganti rugi]kepada waris Bani Khuzaah yang telah dibunuh,  atau
ii.Perjanjian setia antara mereka dengan Bani Bakar ditamatkan,
 atau
iii.Perjanjian Hudaibiyah dianggap tidak sah lagi

Peristiwa pembukaan Kota  Mekah 
-Berlaku bulan Ramadhan tahun 8 hijrah 
-Rasulullah menyusun strategik secara sulit utk mengelakkan pertumpahan darah, peristiwa ini dinamakan “Fathu Makkah”. Antara strategi Rasulullah SAW

Faktor Kejayaan Pembukaan Kota Mekah
1. Perjanjian Hudaibiyah  telah memberi kekuatan kepada Islam & umatnya.
2. Strategi & taktik Rasulullah yang berkesan, bijak dan cekap sehingga melumpuhkan  melemahkan Musyrikin Mekah dari segi mental & fizikal
3. Semangat jihad  tentera Islam yang tinggi untuk membebaskan Kota Mekah dari kekuasaan Musyrikin
4. Ramai pembesar Musyrikin Mekah telah  memeluk Islam spt khalid al Walid dan Amru b al-“As, menyebabkan kekuatan Musyrikin Quraisy semakin lemah.
5. Persaudaraan dan Perpaduan umat Islam menjadikan mereka dapat menjalankan straregi dgn baik.
6. Tentera musyrikin bertambah lemah apabila ramai pembesar dan panglima tentera Quraisy terkorban seperti Abu Jahal dan Utbah b Rabiah yg terkorban dalam perang Badar.

Kesan Pembukaan Kota Mekah
• Tanah Haram Mekah menjadi kawasan larangan kepada org bukan Islam
• Dapat membersihkan Kaabah daripada amalan penyembahan berhala
• Ajaran Islam dapat disebarkan ke seluruh tanah Arab
• Ramai Musyrikin Mekah memeluk agama Islam
• Orang Islam dapat menunaikan ibadat tanpa gangguan orang kafir
• Penduduk Mekah hidup dalam keadaan aman dan saling bekerjasama




No comments :

Post a Comment