Tuesday 17 December 2013

::Nun Sakinah dan Tanwin::

Bagi Nun Sakinah (ﻥْ ) dan Tanwim ( ـًـٍـٌ ), terdapat 5 jenis hukum iaitu :
  1. Izhar Halqi
  2. Ikhfa’ Hakiki
  3. Idgham Maal Ghunnah (Bighunnah)
  4. Idgham Bila Ghunnah
  5. Iqlab
1.     Izhar Halqi
Huruf             =          Terdiri daripada 6 huruf iaitu : 
ه
عخحغ
أ
Makna            =          Izhar bermaksud Jelas.         
 Oleh itu hendaklah dijelaskan sebutan Nun Mati dan Tanwim serta setiap huruf Izhar Halqi dari makhrajnya tanpa mendengungkannya.
Hukum          =          Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan salah satu Huruf Izhar Halqi
di dalam satu kalimah atau dua kalimah, dibaca dengan Jelas, iaitu Tanpa Dengung

 2.     Ikhfa’ Hakiki
 Huruf             =          Terdiri daripada 15 huruf iaitu : 

كدصزجتس
ذشظطضقث
ف
  Makna            =          Ikhfa’ bermaksud Tersembunyi. Membaca huruf yang sifatnyaantara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf yang pertama.
 Hukum          =          Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan salah satu Huruf Ikhfa’ Hakiki, dibaca dengan Dengung

3.     Idgham Maal Ghunnah
 Huruf             =          Terdiri daripada 4 huruf iaitu : 
ن
مو
ي
 Makna            =          Idgham Berdengung iaitu memasukkan huruf pertama yang bertanda mati ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya serta dengung
 Hukum          =          Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan salah satu Huruf Idgham Maal Ghunnah di dalam dua kalimah, dibaca denganDengung

4.     Idgham Bila Ghunnah 
Huruf             =          Terdiri daripada 2 huruf iaitu :
ر
ل
 Makna            =          Idgham Tanpa Dengung iaitu memasukkan huruf pertama yang bertanda mati ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya tanpa dengung
 Hukum          =          Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan salah satu Huruf Idgham Bila Ghunnah di dalam dua kalimah, dibaca denganTanpa Dengung 

5.     Iqlab
 Huruf             =          Terdiri daripada 1 huruf iaitu : 
ب
 Makna            =          Menukarkan bunyi Nun Mati dan Tanwim kepada bunyi huruf Mim dan diikhfa’kan (disembunyikan) ke dalam huruf Ba’ yang berbaris serta dikekalkan sifat dengung.
 Hukum          =          Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan Huruf Iqlab, dibaca dengan Dengung



No comments :

Post a Comment