:: SYIRIK ::
Syirik merupakan antara perkara penting yang perlu diketahui oleh kita semua. Ini kerana syirik merupakan antara penyebab amal ibadah kita tidak dimakbul Allah. Sesetengah di antara hanya sedar bahawa hanya dengan menyembah selain dari itu Allah itu dianggap syirik. Sedangkan syirik itu boleh dikategorikan kepada beberapa jenis. Namun, secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada dua.
Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah. Menyekutukan Allah jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam.
Firman ALLAH Maksudnya :
“Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” (Surah al-Ma’idah, ayat 72)
JENIS-JENIS SYIRIK
Ialah syirik yang terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap jatuh ke tahap kufur. Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu:
1. Menerusi i’tiqad seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah. Justeru, mana-mana fahaman yang meragui dan menafikan kewujudan Allah seperti fahaman komunis dan ateis adalah jelas syirik.
2. Menerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Perbuatan memuja nasib dan meminta nombor ekor di kubur tertentu atas dakwaan kubur itu keramat juga adalah unsur syirik. Bahkan ulama menjelaskan perbuatan terlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan syirik.
3. Menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada agama Islam. Termasuk dalam kategori ini ialah perkataan yang boleh menyebabkan terbatal syahadah seseorang Muslim.
Contoh amalan syirik jali ini ialah:
a) menyembah patung dan berhala
b) menyembah bulan atau matahari
c) mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan
2. SYIRIK KHAFI
Ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara.
Dengan itu, perbuatan syirik ini adalah haram dan sangat merbahaya kerana:
1) Ia membatalkan iman seseorang
2) Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah
3) Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang
No comments :
Post a Comment